Ikuti Kami:

Drama Romantik Komedi Pertama, Jung Haein Sah Terajui ‘Mom’s Friend’s Son’

Drama Romantik Komedi Pertama, Jung Haein Sah Terajui ‘Mom’s Friend’s Son’

Jung Hae-in akan kembali menemui peminat di dalam drama terbarunya yang akan datang!

Pada 13 Disember, FNC Entertainment telah mengesahkan bahawa Jung Hae-in akan terlibat di dalam drama tvN yang akan datang iaitu “Mom’s Friend’s Son”.

Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang seorang wanita yang cuba untuk memulakan kehidupan baru dan seorang anak lelaki rakan ibunya yang dianggap sebagai titik gelap dalam hidup wanita itu.

Di dalam drama ini, Jung Hae-in akan memegang watak sebagai Choi Seung-hyo, iaitu anak lelaki kepada rakan ibu Bae Seok-ryu. Di mana, dia merupakan seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat arkitek.

haein drama

Dalam masa yang sama, drama romantik komedi pertama yang akan dimainkan oleh Jung Hae-in ini turut mendapat perhatian ramai kerana ianya ditulis oleh penulis skrip yang sama bagi drama “Hometown Cha Cha Cha”.

Penggambaran drama ini akan dimulakan pada awal tahun hadapan dan dijangka bakal ditayangkan pada penggal kedua tahun 2024.

Korang dah sedia ke belum nak tonton drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...