Ikuti Kami:

Dari Penulis ‘Hometown Cha Cha Cha’, Jung Somin & Jung Haein Dilamar Terajui Drama Rom-Kom Baru

Dari Penulis ‘Hometown Cha Cha Cha’, Jung Somin & Jung Haein Dilamar Terajui Drama Rom-Kom Baru

Jung Hae-in dan Jung So-min berkemungkinan akan bergandingan dalam sebuah drama!

Pada 30 November, media melaporkan bahawa Jung So-min akan membintangi drama baru berjudul “Mom’s Friend’s Son”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,

Ia adalah salah satu projek yang ditawar buat Jung So-min dan dia sedang menyemak tawaran itu.

Sebelum ini, Jung Hae-in juga telah menerima tawaran untuk terajui drama yang sama dan masih dalam perbincangan kini.

jung haein jung somin

Untuk pengetahuan, “Mom’s Friend’s Son” ialah drama komedi romantik tentang seorang wanita bernama Bae Seok-ryu, yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah dan anak lelaki rakan ibunya iaitu Choi Seung-hyo, yang dianggap sebagai babak gelap dalam hidup Bae Seok-ryu.

Sementara itu, drama ini juga akan diarahkan oleh pengarah Yoo Je-won dan penulis Shin Ha-eun dari “Hometown Cha-Cha-Cha”.

Nantikan maklumat lanjut mengenai “Mom’s Friend’s Son”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...