Ikuti Kami:

“Dia Sangat Cantik” – Ramai Tersenyum Lihat Kang Haneul Tak Berhenti Puji Jung Somin

“Dia Sangat Cantik” – Ramai Tersenyum Lihat Kang Haneul Tak Berhenti Puji Jung Somin

Sudah kali kedua bekerjasama, keserasian antara Kang Ha-neul dan Jung So-min memang tidak perlu dipersoalkan lagi.

Baru-baru ini, Kang Ha-neul dan Jung So-mi telah muncul dalam satu video temu bual bersama Vogue Korea, bagi mempromosikan filem mereka “30 Days”.

Ketika sesi temu bual, lelaki itu diminta untuk berkongsi tanggapan pertama dan terkininya pada Jung So-min. Nampaknya, Kang Ha-neul memang amat terpesona dengan kecantikannya dan berkata,

Kami pertama kali berjumpa semasa pembacaan skrip untuk filem ‘Twenty’. Saya ingat yang muka dia pucat dan cantik. Tetapi tanggapan semasa hanya…dia sangat cantik.

kang haneul jung somin

Malu mendengar pujian dari rakan pelakonnya itu, Jung So-min cuba untuk melarikan diri namun ditarik semula Kang Ha-neul sambil terus memujinya,

Ketika itu, dia pucat dan cantik. Sekarang, dia benar-benar cantik!

Alahai, kita yang tengok ni pun tersenyum sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...