Ikuti Kami:

Kembali Beraksi, Lee Joonhyuk & Park Sungwoong Sah Terajui Drama Spin-Off ‘Stranger’

Kembali Beraksi, Lee Joonhyuk & Park Sungwoong Sah Terajui Drama Spin-Off ‘Stranger’

Drama “Stranger” akan muncul dengan kisah yang baru!

Drama terkenal tvN iaitu “Stranger” bakal kembali dengan siri ‘spin-off’ yang berjudul “Good or Bad Dong Jae”. Ianya akan menampilkan Lee Joon-hyuk dan Park Sung-woong sebagai pelakon utama.

Drama ini menceritakan tentang pergaduhan di antara Seo Dong-jae (Lee Joon-hyuk) yang ingin berhenti daripada menjadi pendakwa raya yang korup, serta ketua pegawai eksekutif syarikat pembinaan Lee Hong iaitu Nam Wan-seong (Park Seong-woong).

Di mana, Seo Dong-jae telah menjadi penghalang bagi projek pembangunan semula yang ingin Wan-seong lakukan. Menyebabkan Wan-seong menggunakan pelbagai cara termasuk jenayah untuk memastikan projek itu tetap berjalan.

good or bad dong jae 1

Dalam masa yang sama, gabungan dua pelakon yang terkenal dengan kemahiran lakonan yang luar biasa ini telah meningkatkan jangkaan penonton.

Drama yang ditulis oleh penulis skrip Hwang Ha-jeong dan Lee Soo-yeon serta diarahkan oleh pengarah Park Geon-ho ini akan mula ditayangkan pada tahun 2024.

Macam menarik kan jalan cerita dia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...