Ikuti Kami:

Kemalangan Tak Dijangka, Pelakon ‘Snowdrop’ Park Suryeon Meninggal Dunia

Kemalangan Tak Dijangka, Pelakon ‘Snowdrop’ Park Suryeon Meninggal Dunia

Dunia hiburan Korea disapa dengan satu berita menyentuh hati apabila salah seorang anak seni yang mempunyai impian besar telah meninggal dunia kini.

Pelakon Park Su-ryun yang aktif dalam muzikal dan teater dilaporkan meninggal dunia pada usia 29 tahun. Menerusi ungkapan media, mendiang terjatuh tangga semasa pulang ke rumah pada tengah hari kelmarin (11 Jun).

Mungkin tidak dikenali peminat K-Drama, namun wanita tersebut merupakan bintang yang berbakat besar dalam nyanyian dan lakonan meskipun kondisi kurang baik buat pentas teater tempatan. Peminat dan pelakon teater yang lain dilihat meninggalkan entri peringatan buat Park Su-ryun selepas berita menyayat hati itu dilaporkan.

park suryeon

Namun begitu, dia juga aktif sebagai pelakon dalam drama di saluran komersial iaitu “Snowdrop” sebelum ini.

Menurut wakil teater, keluarga mendiang membuat keputusan untuk mendermakan organ mangsa dek hati baik mendiang walaupun kehilangan orang tersayang.

Salam takziah.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...