Seronok lah lihat kasih sayang antara pasangan Lee Bo-young dan Jisung!
Terbaru, pelakon wanita itu memuat naik foto di Instagram miliknya ketika di set penggambaran filem “Hyde”.
Apa yang membuatkan penonton gembira ialah apabila Lee Bo-young buat pertama kali berkongsi foto bersama suaminya, Jisung di akaun itu,
Keluarga Lee Bo-young.
View this post on Instagram
Daripada entri itu, Jisung bersama dua anak mereka dilihat datang memberikan sokongan buat Lee Bo-young selain menyediakan bufet makanan seperti ayam ginseng dan kopi buat semua staf di situ.
Selain gambar berpelukan bersama suaminya, pelakon wanita itu turut memuat naik gambar di mana dia memegang erat tangan anak perempuan dan anak lelakinya.
Semoga sentiasa bahagia.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉