Ikuti Kami:

“Dah Besar Dah..” – Lee Boyoung Pertama Kali Muat Naik Foto Bersama Anak Lelaki

“Dah Besar Dah..” – Lee Boyoung Pertama Kali Muat Naik Foto Bersama Anak Lelaki

Bukan senang nak tengok Lee Bo-young memuat naik gambar bersama anak-anaknya.

Kelmarin, pelakon wanita yang juga merupakan isteri kepada Jisung telah memuat naik entri dengan kapsyen emoji ibu dan anak.

Dalam foto yang dikongsikan itu, dapat dilihat Lee Bo-young menikmati janji temu bersama anak lelakinya yang sudah mencecah usia 5 tahun kini. Sambil menunduk, wanita itu mencium pipi kanak-kanak itu sambil tersenyum gembira dalam gambar seterusnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lee boyoung (@lee.b0.young)

Melihatkan momen indah keluarga itu, para peminat meluahkan rasa teruja dan berharap agar Lee Bo-young turut akan memuat naik gambar bersama Jisung suatu hari nanti.

Untuk pengetahuan, Lee Bo-young mengahwini Jisung pada 2013 dan memiliki seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Geram~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...