Ikuti Kami:

Keluarga Hammington Kembali Dalam Rancangan Realiti Keluarga Terbaru

Keluarga Hammington Kembali Dalam Rancangan Realiti Keluarga Terbaru

Umum pasti mengingati pasangan adik beradik yang sangat disukai ramai, William dan Bentley yang telah berjaya menawan hati peminat sejak kemunculan awal mereka di kaca TV ketika masih di usia yang kecil. Kini, mereka akan kembali bersama ayah mereka, Sam Hammington dalam sebuah rancangan realiti terbaru.

Terbukti Sam Hammington serta anak-anaknya, William dan Bentley berhasil menawan jutaan hati penonton dengan sifat kekeluargaan dizahirkan secara semulajadi sewaktu mereka mengacara “The Return of Superman” pada 2016 sebelum ini. Sejurus itu, kemunculan mereka dalam pelbagai rancangan realiti terutamanya berunsur kekeluargaan amat dinanti peminat.

Namun untuk kemunculan baru mereka kali ini, mereka bertiga akan tampil dengan konsep yang lebih menarik dimana mereka akan menempuh pengembaraan dan cabaran dalam merealisasikan impian mereka. Mereka juga akan menunjukkan reaksi yang berbeza sesuai dengan realiti terhadap keupayaan mereka dalam mencapai impian dalam kehidupan sebenar.hammingtonPada rancangan realiti kali ini, bertemakan ” ‘The Three Musketeers’ Dream Journey”, penonton dapat menyaksikan reaksi yang sebenar oleh William dan Bentley sambil mereka menulis pengembaraan mereka dalam bahasa Inggeris, setelah menyelesaikan pengembaraan impian mereka. Melalui rancangan realiti kali ini, harapan tersebar adalah supaya mereka dapat menzahirkan kegembiraan sebenar serta maklumat yang berpendidikan.

Tambahan pula, ‘Dreamer’ akan menjadi satu platform buat kanak-kanak lain juga dimana mereka boleh bersama-sama mengembara dalam impian mereka dengan hadir sebagai tetamu pada setiap episod bersama William dan Bentley.

Walaupun mereka kini sudah makin menganjak dewasa, namun sifat riang semulajadi mereka amat sesuai untuk rancangan realiti kali ini dimana mereka perlu membawa impian kanak-kanak serta mereka berupaya untuk menjalankan segala cabaran-cabaran untuk setiap episod.

Nantikan gelagat mereka dalam setiap episod!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...