Ikuti Kami:

Bang Chan STRAY KIDS Lawat William & Bentley Hammington

Bang Chan STRAY KIDS Lawat William & Bentley Hammington

Nampaknya, Bang Chan STRAY KIDS baru sahaja melawat adik-beradik popular William dan Bentley Hammington!

Pada 14 Mac, Sam Hammington telah memuat naik gambar Bang Chan bersama dua anaknya, William dan Bentley di Instagram, dengan kapsyen yang ditulis,

Tetamu berharga singgah! Hubungan Australia kami semakin kukuh.

Sekadar info, Sam Hammington dibesarkan di Melbourne, Australia, manakala Bang Chan membesar di Sydney, Australia sebelum dia kembali ke Korea Selatan untuk memulakan debut sebagai idola K-Pop.

Sam Hammington telah memulakan kerjayanya di televisyen Australia sebelum mula aktif di Korea pada awal 2000-an. Bang Chan pula dibesarkan di Australia dan berpindah ke Korea pada 2010 apabila dia menyertai JYP Entertainment.

Tambahan, keluarga Hammington telah muncul di program KBS “The Return of Superman” dari 2016 hingga awal 2022, yang mana telah menjadi tumpuan ramai.

Alala comel je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...