Ada K-Drama baru best buat korang!
Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Perfect Family” adalah sebuah drama misteri tentang keluarga yang kelihatan bahagia dan sempurna yang mula mencurigai satu sama lain apabila anak perempuan mereka terlibat dalam kes pembunuhan.
Park Ju-hyun berlakon sebagai Choi Sun-hee, seorang pelajar model yang menduduki tempat pertama di sekolahnya, manakala Kim Byung-chul dan Yoon Se-ah memegang watak sebagai ibu bapa angkatnya, Choi Jin-hyuk dan Ha Eun-joo.
Disebabkan “Perfect Family” ialah drama pertama KBS pada hari Rabu-Khamis dalam dua tahun, bermakna ia tiada penonton tetap untuk slot berkenaan. Oleh sebab itu, ia mencatatkan rating sebanyak 2.6% untuk episod pertamanya.
Meskipun drama baru yang penuh pelakon hebat ini ditayangkan dengan rating yang sederhana tetapi plotnya dilihat bakal membuatkan penonton tak senang duduk.
Korang tonton tau!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.