Ikuti Kami:

Dilapor Sedang Bercinta Dengan Taeyong NCT, Agensi Park Juhyun Beri Respon

Dilapor Sedang Bercinta Dengan Taeyong NCT, Agensi Park Juhyun Beri Respon

Tidak semena-mena pelakon Park Ju-hyun dikhabarkan sedang bercinta dengan Taeyong NCT.

Menurut satu entri di laman komuniti, terdapat individu yang mengatakan bahawa mereka berdua mempunyai hubungan intim dan sering bermain permainan atas talian bersama. Malah Park Ju-hyun dikatakan menonton konsert NCT127 dari tempat duduk yang dikhaskan untuk ahli keluarga.

Komen agensi Park Ju-hyun,

Pelakon Park Ju-hyun dan Taeyong NCT hanyalah kawan baik.

park juhyun taeyong nct

Jelas pihaknya lagi,

Dia turut menghadiri konsert IU dan memuat naik gambar bahkan dia turut menyertakan bukti pernah menyertai konsert artis lain selepas ini.

Agensi Park Ju-hyun mendedahkan bahawa pelakon wanita itu ahli NCT berkenaan hanyalah rakan yang sering bermain permainan bersama dan tak lebih dari itu,

Park Ju-hyun sangat suka bersosial dan mempunyai personaliti aktif, jadi dia mempunyai kenalan yang ramai selain mengekalkan rangkaian yang luas.

Dalam pada itu, Park Ju-hyun sedang berlakon dalam drama “The Forbidden Marriage” di MBC kini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...