ASTRO telah dilihat meluangkan masa bersama keluarga mendiang Moonbin
Pada 5 Mei, San-ha telah memuat naik beberapa gambar di media sosial miliknya. Dalam gambar tersebut, kesemua ahli ASTRO telah dilihat keluar makan bersama keluarga mereka termasuk keluarga mendiang Moonbin.
Selain daripada gambar mereka berkumpulan, ahli ASTRO tersebut juga telah memuat naik gambarnya bersama adik mendiang iaitu Moon Su-a. Malah, akaun Instagram Moonbin turut di ‘tag’ di hantaran tersebut.
Kesemua gambar yang dikongsi juga telah menyentuh hati peminat serta netizen.
View this post on Instagram
Komen netizen,
- Saya nak menangis..
- Tersentuhnya lepas lihat gambar ini.
- Mereka akan sentiasa mengingati Moonbin.
- Mereka kelihatan seperti satu keluarga yang sebenar.
- Sekarang Su-a dah ada 5 orang abang termasuk Moonbin.
Tidak berhenti di situ, baru-baru ini, kesemua ahli ASTRO juga telah dilihat pergi ke konsert BILLIE bagi memberikan sokongan terhadap adik mendiang Moonbin.
Terharu kan lepas lihat gambar ni..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.