Ketua kumpulan ASTRO, iaitu Jinjin telah mengumumkan bahawa dia akan mengeluarkan lagu terakhir nyanyian mendiang Moonbin.
Pada 19 April, genap setahun selepas pemergian Moonbin, Jinjin ASTRO telah mengumumkan bahawa dia akan mengeluarkan lagu single yang berjudul “Fly” nyanyiannya bersama dengan mendiang.
“Fly” merupakan lagu yang dibuat dan ditulis oleh Jinjin. Ianya juga merupakan hadiah buat peminat yang merindui serta ingin bertemu dengan mendiang Moonbin.
Dalam masa yang sama, lagu ini juga merupakan kerjasama terakhir penyanyi tersebut bersama mendiang. Disebabkan itu, lagu ini akan mengandungi suara Moonbin, menjadikannya hadiah yang lebih bermakna buat peminat.
[#아스트로] 아스트로 진진, 신곡 ‘Fly’ 오늘(19일) 발매..故 문빈 함께 작업
▶ https://t.co/E4kQoS4sEL#NEWS #진진 #JINJIN #문빈 #MOONBIN #Fly#ASTRO pic.twitter.com/MkCSG6cfIk— 판타지오뮤직 (@fantagiomusic_) April 19, 2024
Selain itu, peminat serta rakan-rakan rapat Moonbin turut memberikan penghormatan mereka terhadap mendiang di media sosial. Rata-rata mereka telah meluahkan kerinduan mereka terhadap penyanyi tersebut.
Malah, mereka juga turut berkongsi pengalaman serta memori mereka bersama mendiang di media sosial.
Sementara itu, lagu “Fly” ini akan dikeluarkan di semua platform muzik pada 19 April.
Tak sangka dah setahun Moonbin pergi kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.