Bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi, nampaknya Son Ye-jin dan Hyunbin tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama.
Terbaru, pelakon wanita itu telah berkongsi foto di Instagram di mana dia berada di panggung wayang untuk menonton filem “Confidential Assignment: International”.
Makin menarik perhatian ramai apabila tiket itu dibeli untuk dua orang dan sepertinya menggambarkan bahawa dia ke sana bersama suami, Hyunbin.
Untuk pengetahuan, Hyunbin kembali menghidupkan wataknya sebagai Cheol-ryung di dalam filem tersebut di mana ia mengisahkan tentang detektif Korea Utara yang dihantar ke Korea Selatan untuk misi baharu selain turut disertai ejen FBI.
Ala comelnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.