Peminat K-Pop di seluruh dunia diketahui bersungguh-sungguh dalam menunjukkan rasa cinta mereka kepada kumpulan dan artis Korea yang mereka minat.
Seorang gadis Filipina bagaimanapun, telah melampaui batas mencuri duit daripada perniagaan keluarga yang diusahakan neneknya untuk membeli kad foto, album dan pelbagai barang K-Pop.
Remaja dikenali sebagai Bea yang berasal dari Filipina itu berkata dia sangat meminati kumpulan BTS melalui rakan sekelasnya. Nilai semua barangan K-Pop yang dibelinya dianggarkan bernilai hampir RM170,000. Dia pada mulanya menggunakan elaunnya untuk membeli beberapa barangan yang berharga sekitar RM25 hingga RM33 setiap satu. Kemudian dia mula membeli lebih banyak dan mendapatkan beberapa barangan yang sangat mahal.
Bea ketika itu membantu dalam perniagaan neneknya supaya dia dapat menampung wang perbelanjaannya. Tanpa berfikir panjang, dia mengambil jalan singkat dengan mencuri duit hasil penjualan itu. Dia terus mengumpul lebih banyak wang untuk membiayai koleksinya sehingga kotak-kotak barang mula bertimbun di dalam almarinya. Pembelian ini disorok tanpa keluarganya mengetahui apa yang berlaku.
Pada suatu hari, seorang ahli keluarga Bea menemui banyak barangan K-Pop yang tersembunyi di kabinet belakang Bea. Mereka tidak percaya kerana nilai barang itu ada yang mencecah RM4000. Dengan hasil penemuan yang mengejutkan itu Bea mengakui serta meminta maaf kerana mencuri wang hasil perniagaan neneknya.
Sejak Januari, keluarga itu menyedari bahawa mereka kerugian sebanyak RM222,000 dalam perniagaan mereka. Namun, setakat ini tiada info yang menyatakan tentang hukuman yang dikenakan terhadap gadis itu.
Semoga dijadikan pengajaran…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.