Ikuti Kami:

Ada Bernilai Belasan Ribu, Kad Foto Jungkook BTS Milik Peminat Indonesia Jadi Perhatian

Ada Bernilai Belasan Ribu, Kad Foto Jungkook BTS Milik Peminat Indonesia Jadi Perhatian

Setiap peminat pastinya mahukan segala barangan eksklusif daripada idola kegemarannya kan?

Terbaru, kisah mengenai peminat Jungkook BTS daripada Indonesia yang sanggup berbelanja banyak telah menarik perhatian ramai hingga ke Korea.

Dalam rancangan ‘Talkpod Net TV’ itu, dua orang peminat daripada fandom berbeza telah muncul untuk berkongsi cerita mereka.

talkpod net tv

Salah seorang daripada mereka ialah ARMY (nama peminat BTS) dan menceritakan sebab dia menyukai kumpulan berkenaan,

Ahli BTS adalah sangat cool dan lagu mereka menyentuh perasaan.

Bagaimanapun, yang menarik perhatian ramai ialah apabila ARMY tersebut menayangkan kad foto (photocard) Jungkook yang bernilai 10 juta rupiah (RM2,942). Kesemua hos nyata tidak mampu menyorokkan rasa terkejut mereka apabila mendengarkan harga yang tinggi itu meskipun ia kelihatan seperti kad biasa.

jungkook pc

Kad foto Jungkook dari Japan Fan Club

Katanya, kad foto idola termahal ialah milik Jungkook. Antara kad foto lain yang ‘rare’ dan berharga tinggi ialah daripada ‘Butterful Lucky Event’ di mana ianya boleh dijual sehingga 49 juta rupiah (RM14,417). Selain itu, kad foto FLO yang menampilkan Jungkook dengan rambut biru dijual pada nilai 40 juta rupiah (RM11,769). Ini membuktikan bahawa Jungkook merupakan idola yang paling hangat di negara itu.

Kalau anda nak tahu, kad foto dari ‘Butterful Lucky Event’ yang menarik 12 pembida di laman eBay berjaya dijual pada harga 3,213 USD (RM13,605) sekaligus membuktikan kad foto itu menjadi rebutan di peringkat global.

Kalau dah minat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...