Ikuti Kami:

“Kelakar” – Ryu Junyeol & Han Sohee Disyak Bercinta, Respon Bekas Kekasih Hyeri Raih Perhatian

“Kelakar” – Ryu Junyeol & Han Sohee Disyak Bercinta, Respon Bekas Kekasih Hyeri Raih Perhatian

Perkongsian mesej penuh makna Hyeri di Instagram, mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan peminat dan media.

Pada pagi ini, berita mengenai hubungan cinta antara Ryu Jun-yeol dan Han So-hee hangat diperkatakan dalam industri hiburan. Pun begitu, agensi kedua-duanya dengan pantas menafikan berita itu dan mengatakan bahawa mereka mempunyai jadual berlainan di Hawaii.

Terbaru, Hyeri yang merupakan bekas kekasih Ryu Jun-yeol telah memuat naik foto dengan kapsyen di Instagram miliknya,

Kelakar.

hyeri ig

Meskipun tidak pasti ia ditujukan untuk apa, namun kerana perselisihan masa yang agak meragukan dengan berita percintaan Ryu Jun-yeol dan Han So-hee nyata menimbulkan spekulasi ramai. Ada yang mengatakan ia seperti mesej tersirat atas berita itu namun ada yang menebak Hyeri hanya menujukan hal itu buat gambaran perasaan sedang bercuti di Thailand kini.

Sementara itu, Hyeri dan Ryu Jun-yeol mendedahkan bahawa hubungan mereka sudah berakhir pada 13 November lalu.

Kebetulan je kot..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...