Ikuti Kami:

“Kelakar La” – Kim Namgil Tiba Di ‘Airport’ Dengan Ekspresi Terkejut, Tapi Kenapa?

“Kelakar La” – Kim Namgil Tiba Di ‘Airport’ Dengan Ekspresi Terkejut, Tapi Kenapa?

Peminat pasti tahu ketibaan selebriti Korea di lapangan terbang akan sentiasa disambut meriah oleh ramai wartawan.

Terbaru pada 7 Julai, ramai kumpulan popular seperti ATEEZ, TREASURE, LE SSERAFIM dan termasuklah IVE telah tiba di Lapangan Terbang Incheon, dalam perjalanan mereka untuk aktiviti di luar negara.

Selain idola K-Pop ini, pelakon veteran Kim Nam-gil turut akan berlepas ke Thailand, menaiki kapal terbang yang sama seperti IVE.

Setibanya pelakon “Island” itu di lapangan terbang, Kim Nam-gil tidak boleh menyembunyikan rasa terkejut dan terujanya melihat begitu banyak wartawan yang hadir untuk semua idola K-Pop tersebut.

Dalam foto yang dikongsi media Korea, netizen terhibur melihat ekspresi terkejut Kim Nam-gil malah, pelakon itu turut dilihat bersembunyi di sebalik tiang dan bertanya kepada pengawal peribadinya apa yang berlaku.

Terhibur betul tengok Kim Nam-gil!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...