Ikuti Kami:

Kos Pengeluaran RM100 Juta, Kim Namgil & Kim Youngkwang Dilamar Terajui Siri Netflix ‘Trigger’

Kos Pengeluaran RM100 Juta, Kim Namgil & Kim Youngkwang Dilamar Terajui Siri Netflix ‘Trigger’

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan antara Kim Nam-gil dan Kim Young-kwang dalam sebuah drama.

Terbaru pada 18 Mei, Kim Nam-gil dan Kim Young-kwang dilapor bakal terajui drama Netflix baru berjudul “Trigger”.

Tidak lama kemudian, agensi Kim Nam-gil memberi respon,

Kim Nam-gil telah ditawarkan watak dalam siri asal Netflix ‘Trigger’. Kami sedang menyemaknya secara positif.

Bagaimanapun, agensi Kim Young-kwang masih belum mengeluarkan apa-apa respon lagi setakat ini mengenai laporan berkenaan.

Dalam pada itu, “Trigger” adalah drama aksi ngeri bencana yang menggambarkan apa yang berlaku apabila senjata api yang tidak diketahui dikeluarkan di Korea Selatan, sebuah negara bebas senjata api dan pistol, dihimpit satu demi satu oleh orang yang marah.

netflix trigger

Selain itu, siri asal Netflix tersebut turut dijangka mempunyai kos pengeluaran kira-kira 30 bilion won (RM101,854,680) dan akan mula penggambaran pasa musim luruh hingga musim bunga akan datang.

Nantikan maklumat lanjut mengenai siri Netflix “Trigger”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...