Ikuti Kami:

Kelakar & Buai Perasaan, 6 Sebab Peminat K-Drama WAJIB Tonton ‘The Story Of Park’s Marriage Contract’

Kelakar & Buai Perasaan, 6 Sebab Peminat K-Drama WAJIB Tonton ‘The Story Of Park’s Marriage Contract’

Siapa yang menonton “The Story Of Park’s Marriage Contract”? Seronok kan?

Menerusi temubual istimewa bersama KimchiDaily dengan Viu, kami berjaya ‘menyelongkar’ lebih mendalam mengenai keserasian Lee Se-young dan Bae In-hyuk di dalam drama ini.

1. Genre penggambaran masa kian popular dalam arena K-Drama sejak beberapa tahun ini. Kenapa agaknya penonton K-Drama menyukai genre sebegini?

Lee Se-young: Masa kelihatan sebagai konsep daya yang tidak dapat dihentikan atau dikembalikan, menjadikannya lebih istimewa. Itulah sebabnya nampaknya banyak drama dicipta dengan premis senario ‘bagaimana kalau’.

the story of park's marriage contract

2. Babak yang manakah penonton perlu berikan perhatian lebih di dalam “The Story Of Park’s Marriage Contract”?

Lee Se-young: Agak menarik untuk membandingkan bagaimana setiap watak muncul dan hubungan yang terjalin ketika dalam era Joseon dan era moden.

Bae In-hyuk: Jika anda mengambil kira hubungan antara watak-watak yang berselirat antara era Joseon dan moden, anda mungkin akan merasai lebih banyak keseronokan.

3. Adakah kalian merasai sebarang kesukaran semasa menjalani penggambaran?

Lee Se-young: Agak mencabar untuk menukar gaya rambut kerana penggambaran melibatkan perubahan dari era Joseon dan era moden. Apabila berubah antara Joseon dan zaman moden dalam sehari, dengan jadual penggambaran yang tetap, agak mencabar secara fizikal untuk melakukan penggayaan semula (gelak).

Bae In-hyuk: Penggambaran awal Kang Tae-ha dicirikan oleh kekurangan fluktuasi emosi, kelihatan tanpa emosi dan hampir ‘robot’, sehingga mendapat gelaran “Kang-droid.” Agak mencabar untuk membuang intonasi dan emosi dari corak pertuturan.

4. Apa kelainan “The Story Of Park’s Marriage Contract” jika dibandingkan dengan drama lain?

Lee Se-young: Saya menganggap kerjasama dengan rakan sekerja saya sangat penting. Pelakon-pelakon yang saya bekerja bersama dengan sangat hebat, dan keharmonian di antara kami amat baik, jadi sila nantikan hasilnya.

the story of park's marriage contract

5. Drama ini ada momen kelakarnya namun pasti ia akan menyentuh perasaan nanti. Apakah mesej utama yang awak mahu sampaikan kepada penonton?

Lee Se-young: Mesej utama dalam drama ini adalah ‘Kebaikan seseorang boleh mengubah hidup seseorang.’ Semasa penggambaran drama, masa yang diberikan kepada saya terasa lebih berharga, dan saya sedar bahawa saya sepatutnya menjalani setiap saat dengan penuh ketulusan.

Bae In-hyuk: Ketulusan adalah sesuatu yang tidak sepatutnya diberikan dalam apa jua keadaan.

6. Ada pesanan istimewa buat penonton Viu yang menantikan “The Story Of Park’s Marriage Contract”?

Lee Se-young: Saya sangat menghargai peminat-peminat Viu yang menonton dari luar negara. Dengan kedua-dua latar belakang sejarah dan moden, terdapat banyak yang boleh dilihat, dan saya harap penonton menikmatinya. Selain itu, sila nantikan keharmonian di antara  barisan pelakon.

Bae In-hyuk: Untuk tempoh yang lama, ramai pelakon dan ahli pasukan bekerja keras dan melakukan yang terbaik semasa penggambaran, jadi saya yakin peminat-peminat Viu akan dapat terhibur menontonnya. Ia akan menjadi satu hal yang baik jika kesemua penonton dapat menontonnya dengan gembira.

Tonton “The Story Of Park’s Marriage Contract” di Viu sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...