Ikuti Kami:

Kekasih Baru Sengsara, Teman Wanita ‘Kahwini’ Roh Bekas Teman Lelaki

Kekasih Baru Sengsara, Teman Wanita ‘Kahwini’ Roh Bekas Teman Lelaki

Susah kan apabila kita terlalu mencintai seseorang hingga tidak dapat melepaskannya pergi ke negeri abadi.

Dalam program “Love’s Naggers”, seorang lelaki berusia 32 tahun menceritakan kepada ahli panel mengenai kisah teman wanitanya yang tidak dapat melupakan bekas teman lelaki yang sudah meninggal dunia.

Lebih merumitkan apabila lelaki itu juga merupakan rakan kepada bekas teman lelaki berkenaan lantas agak sukar untuk dia meluaskan kemarahan yang terbuku di hati. Bukan itu sahaja, teman wanitanya dikatakan tetap setia melawat ibu bekas kekasihnya selain pergi menziarahi kubur mendiang pada setiap minggu. Dia juga membela anjing peliharaan yang diberi sempena bekas teman lelaki itu.

Tidak dilupakan

Luahnya lagi, dia semakin runsing apabila teman wanita yang disayangi itu sanggup mencadangkan mereka bercuti ke Eropah ketika ulang tahun hari lahir bekas teman lelakinya memandangkan itu ialah impian mendiang semasa dia masih hidup.

love naggers

Bukan sahaja ahli panel malah penonton tidak menyorokkan rasa terkejut apabila membaca mesej antara teman wanita dan ibu bekas teman lelakinya,

Jun (bekas teman lelaki) memberikan masa yang sukar buat saya dan awak kerana perasaan yang masih terasa ini. Sami meminta saya supaya awak dan Jun mengadakan majlis perkahwinan, barulah dia akan pergi dengan tenang. Tolong bantu hantar Jun ke tempat yang lebih baik.

Selepas kematian mendiang, kesihatan teman wanita pengadu semakin memburuk memilih untuk mengadakan perkahwinan roh atas permintaan ibunya.

Dikahwinkan

Kata pengadu,

Apabila saya teringat yang teman wanita saya menghabiskan masa berbulan tinggal di rumah ibu bekas teman lelakinya, saya berasa keliru. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menanyakan hal ini padanya. Apa yang patut saya buat?

love naggers

Mendengarkan luahan ini, Kim Sook membalas,

Awak kena letak sempadan. Dia sampaikan menjalani majlis perkahwinan, sampai bila nak biar dipergunakan?

Nasihat Seo Jang-hoon pula,

Berpisah dan sedar diri sekarang juga.

Peninglah macam ni..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...