Ikuti Kami:

“Dia Rakam Video” – Bekas Kekasih Hyomin T-ARA, Pemain Bola Sepak Hwang Uijo Dituduh Curangi Ramai Wanita

“Dia Rakam Video” – Bekas Kekasih Hyomin T-ARA, Pemain Bola Sepak Hwang Uijo Dituduh Curangi Ramai Wanita

Dunia sukan Korea digemparkan dengan berita kurang senang mengenai pemain bola sepak kebangsaan Hwang Ui-jo.

Pada 25 Jun, seorang wanita tampil di laman sosial dan menuduh lelaki itu curang, bercinta dengan ramai wanita dalam satu masa, dan mengelak dari tanggungjawab menggunakan alasan sibuk dengan jadual luar negara. Dedahnya lagi, selebriti dan influencer merupakan antara kalangan wanita yang ditemui lelaki itu.

Individu berkenaan turut menuduh bekas teman lelaki Hyomin T-ARA menyimpan banyak foto sensitif dan video tak senonoh ramai wanita di dalam telefon bimbitnya. Namun tidak pasti sama ada ia dirakam tanpa izin atau dengan izin, dan khabarnya Hwang Ui-jo menggunakan kelebihan itu untuk memanipulasi wanita. Wanita yang melaporkan hal ini menjelaskan bahawa dia mempunyai banyak bukti termasuklah foto dan video dari hwang Ui-jo.

Walau bagaimanapun syarikat pengurusan Hwang Ui-jo menafikan hal ini selepas tuduhan tersebut tular di serata media sosial. Pihaknya juga menegaskan yang mereka akan mengambil tindakan undang-undang atas penyebaran maklumat palsu itu. Namun begitu, insiden ini tetap menjadi bualan media selain ramai yang berbual mengenainya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa lega kerana Hyomin memilih untuk berpisah dengan lelaki tersebut tetapi tetap risau sekiranya dia turut merupakan antara mangsa manipulasinya.

Untuk pengetahuan, Hwang Ui-jo lahir pada tahun 1992 dan bermain untuk Seoul FC dan pasukan kebangsaan Korea Selatan kini. Dia turut dikenali ramai kerana sempat bercinta selama 4 bulan bersama Hyomin selepas ditangkap bercuti bersama di Switzerland.

hwang uijo hyomin

Dalam pada itu, Hwang Ui-jo turut pernah terlibat dengan skandal curang pada 2016 hingga peminat bola sepak mengisi petisyen pada Rumah Biru bagi mengecualikan lelaki tersebut dari menyertai seleksi pasukan kebangsaan.

Hmmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...