Ikuti Kami:

Kekal Popular, GIRLS’ GENERATION Dominasi Carta iTunes Seluruh Dunia Dengan Album ‘FOREVER 1’

Kekal Popular, GIRLS’ GENERATION Dominasi Carta iTunes Seluruh Dunia Dengan Album ‘FOREVER 1’

GIRLS’ GENERATION telah membuktikan mereka sebagai kumpulan lagenda K-Pop!

Pada 5 Ogos, GIRLS’ GENERATION telah melancarkan album pertama mereka dalam 5 tahun “FOREVER 1” beserta lagu tajuk dengan judul yang sama.

Bukti masih popular seluruh dunia, pada 6 Ogos, album “FOREVER 1” berjaya berada di No.1 dalam carta Album Teratas iTunes di 31 wilayah berbeza di dunia, termasuk Singapura, Hong Kong, Indonesia, India, Rusia, Thailand dan Malaysia sendiri.

Bukan itu sahaja, lagu tajuk “FOREVER 1” telah berjaya mengungguli lebih daripada satu carta masa nyata di Korea, termasuk Bugs dan Vibe.

Tambahan, setakat 8 Ogos jam 11 pagi, muzik video GIRLS’ GENERATION “FOREVER 1” telah mencecah hampir 14 juta penonton. Hebat!

Korang paling suka lagu GIRLS’ GENERATION yang mana dalam album “FOREVER 1”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...