Ikuti Kami:

“Kami Kerja Keras..” – Comeback Pada Ulang Tahun Ke-15, GIRLS’ GENERATION Luah Rasa Teruja

“Kami Kerja Keras..” – Comeback Pada Ulang Tahun Ke-15, GIRLS’ GENERATION Luah Rasa Teruja

Siap sedia semua, GIRLS’ GENERATION akan kembali mendominasi dunia K-Pop!

Pada 5 Ogos, GIRLS’ GENERATION telah menyambut ulang tahun ke-15 mereka. Bukan itu sahaja, kumpulan itu juga akan membuat kemunculan semula pada hari ini, dengan keluaran album “FOREVER 1”.

Pada sidang media yang dilakukan bagi pelancaran album ke-7 mereka itu, kesemua ahli GIRLS’ GENERATION nampaknya tidak dapat menyembunyikan rasa teruja untuk kembali menemui peminat sebagai satu kumpulan, selepas 5 tahun.

Sunny pada awalnya berkata,

Hari ini adalah ulang tahun ke-15 penampilan sulung GIRLS’ GENERATION. Saya bekerja keras untuk menjadikan ulang tahun ke-15 sebagai tempat di mana GIRLS’ GENERATION dan peminat boleh meraikan bersama.

girls' generation

Untuk pengetahuan, Min-ho SHINee turut memberikan sokongan buat GIRLS’ GENERATION dengan menjadi pengacara di sidang akhbar tersebut. Soo-young meluahkan rasa syukurnya,

Saya bersyukur Min-ho SHINee jadi MC, yang datang untuk mengatakan ia adalah hari lahir kakak saya, dan ia seolah-olah mencipta suasana hari jadi yang baik dari pagi. Saya telah membuat banyak persediaan, jadi saya harap anda akan meraikan hari lahir GIRLS’ GENERATION bersama-sama.

Kemudian, apabila ditanya tentang perasaan mereka merakam lagu bersama buat kali pertama sejak “Holiday Night”, Yoon-A berkongsi,

Ada lagu berjudul ‘Lucky Like That’. Ia adalah lagu pertama yang kami rakam, dan saya adalah ahli terakhir yang merakam. Di bilik rakaman, saya mendengar rakaman oleh ahli lain. Apabila saya pertama kali mendengar suara semua orang buat pertama kali, saya sebak. Saya mahu membenarkan peminat kami mendengarnya juga secepat mungkin.

Yu-ri menambah,

 Memandangkan sudah lama kami tidak keluar secara keseluruhan, kami akan bekerja keras untuk menjadikan Ogos sebagai bulan GIRLS’ GENERATION. Terima kasih.

Jangan lupa nantikan keluaran album dan judul lagu GIRLS’ GENERATION “FOREVER 1” pada hari ini, jam 5 petang nanti!

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...