Yoo Jae-suk memang tidak dinafikan adalah salah seorang penghibur dan pengacara yang paling popular di Korea Selatan.

Terbaru, dari 7 hingga 24 November 2022, Gallup Korea telah melakukan tinjauan kepada 1,771 orang berumur 13 tahun ke atas di seluruh negara, tentang penghibur atau pelawak yang mereka fikir paling aktif tahun ini.
Menerusi tinjauan, Yoo Jae-suk telah berjaya mendahului senarai selama 11 tahun berturut-turut dengan menerima sebanyak 52% undian.
Selain itu, 3 rancangan hiburan yang diacarakan oleh Yoo Jae-suk pada tahun ini turut tersenarai dalam Top 10 program TV teratas yang disukai orang Korea, iaitu “Running Man”, “Hangout with Yoo” dan “Yoo Quiz on the Block”.
Bukan itu sahaja, bagi kategori pelawak ‘Person of the Year’ yang ditinjau oleh Gallup Korea, Yoo Jae-suk telah berada di No. 1 dalam senarai selama 11 tahun berturut-turut sejak 2012, membuktikan popularitinya yang tak pernah pudar.
Tahniah Yoo Jae-suk!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.