Ikuti Kami:

Kejar Kereta, Shin Hyesun Dedah Lee Junyoung Pernah Bantu Polis Tangkap Pemandu Mabuk

Kejar Kereta, Shin Hyesun Dedah Lee Junyoung Pernah Bantu Polis Tangkap Pemandu Mabuk

Eh biar betul?

Pada 25 Oktober, Shin Hye-sun dan Lee Jun-young telah membuat penampilan di KBS Cool FM yang diacarakan oleh pelawak terkenal Park Myung-soo bagi mempromosikan drama terbaru mereka iaitu “Brave Citizen”.

“Brave Citizen” mengisahkan tentang bekas peninju wanita yang menjadi cikgu ganti di sebuah sekolah, di mana dia tidak dapat menahan dirinya daripada menghukum penjenayah.

Shin Hye-sun berkata,

Saya memegang watak sebagai So Shi-min iaitu seorang guru ganti yang merupakan bekas peninju manakala Lee Jun-young pula membawa watak sebagai Han Soo-gang, lelaki yang sering melakukan jenayah.

brave citizen

Tambah pelakon itu,

Personaliti sebenar Jun-young adalah seorang yang sangat baik. Malah, dia juga pernah membantu polis untuk menangkap pemandu yang memandu sambil mabuk. Jadi, saya terkejut apabila dia dapat membawa watak jahat dengan baik sekali di dalam drama tersebut.

Park Myung-soo yang terkejut lantas bertanya kepada Jun-young tentang apa yang terjadi pada hari itu.

Balas Jun-young,

Ketika saya sedang berada di satu tempat ni, saya ternampak pemandu yang sedang mabuk memandu di atas jalan. Jadi saya ikut kereta tersebut dan tangkap mereka sebelum membuat laporan polis.

Wow! Memang sesuai la mereka berlakon dalam drama “Brave Citizen” ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...