Ikuti Kami:

Mesra Bersama, Ji Changwook & Shin Hyesun Papar Keserasian Dalam Foto Baru

Mesra Bersama, Ji Changwook & Shin Hyesun Papar Keserasian Dalam Foto Baru

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan antara Ji Chang-wook bersama Shin Hye-sun dalam sebuah drama!

Bagi yang belum tahu, Ji Chang-wook dan Shin Hye-sun akan terajui drama “Welcome to Samdalri”, membawa kisah tentang Sam-dal yang bersilih ganti bercinta bagi mencari pasangan seumur hidup namun pulang ke kampung selepas berpisah dengan teman lelakinya.

Terbaru, pelakon wanita itu telah memuat naik fotonya bersama Ji Chang-wook di Instagram, di mana Shin Hye-sun dilihat meletakkan kepalanya di bahu lelaki tersebut. Dengan ini, jangkaan penonton semakin tinggi untuk melihat chemistry mereka dalam drama itu nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 신혜선 (@shinhs831)

Untuk pengetahuan, dalam drama ini, Shin Hye-sun akan membawa watak Jo Sam-dal, seorang penyelam yang menuai hidupan laut selepas ibunya meninggal dunia. Namun, dia mempunyai matlamat untuk keluar dari bandar kencil dan membina kehidupan baru di Seoul. Dia akhirnya menukar namanya dan meneruskan kerjaya dalam industri fotografi fesyen.

Manakala Ji Chang-wook pula akan melakonkan watak Jo Yong-pil, kawan rapat Sam-dal sewaktu zaman kanak-kanak. Dia merupakan seorang pakar ramalan cuaca dan sentiasa dihormati di tempat kerjanya.

Nantikan “Welcome to Samdalri” dijangka bakal menemui penonton pada separuh kedua 2023 ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...