Bermula dengan pengarah produksi baru, Choi Hyung-in dilihat kembali memaparkan misi di mana ahli “Running Man” perlu menjalani hukuman berat iaitu menaiki permainan yang menakutkan.

Dalam episod terbaru ini, Jeon So-min dipilih sebagai ahli yang akan menemani Yang Se-chan untuk mengalami tangga di atas langit di Yeosu di mana mereka perlu berjalan di atas platform tanpa sokongan dengan hanya ikatan di palang atas.
Dikenali sebagai seorang yang penakut, pelakon wanita itu teragak-agak untuk memulakan perjalanan kerana berasa gayat. Bahkan Yang Se-chan di sebelahnya juga tidak dapat membantu memandangkan lelaki itu juga takutkan tempat yang tinggi.
Kenapa orang mahu mengalami pengalaman seperti ini?
Baru tiga tapak, Jeon So-min kembali ke petak permulaan kerana tidak menahan rasa takut. Malah dia sempat meminta maaf kepada penjaga tali di situ kerana berperangai seperti itu.
Yang Se-chan nyata tidak dapat menahan rasa risau apabila melihat Jeon So-min menitiskan air mata,
So-min, teruskan sahaja. Akan jadi pelik sekiranya awak menangis.
Keadaan semakin menakutkan apabila angin bertiup dengan kencang semasa Jeon So-min dan Yang Se-chan berada di pertengahan jalan.
Melihatkan wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan sepanjang perjalanan di atas platform itu, rata-rata penonton meluahkan rasa kesal pada pihak produksi kerana tidak mengambil kira fobia setiap ahli.
Ulas penonton,
Sejujurnya hal ini sangat menakutkan bagi sesiapa yang takutkan ketinggian. Bukan pihak produksi yang melalui hukuman ini, tapi agak merisaukan para ahli nampak letih dari sudut mental.
Benda seperti itu patut dibatalkan. Apa yang awak buat pada orang yang takutkan ketinggian ni?
Kejamnya..
Ini ialah stail penyiaran lama. PD yang baru ditukar ini nampak seperti muda, tapi kenapa dia mereka misi yang ‘tua’.
Pihak produksi ini psikopat ke? Buatkan orang yang takut ketinggian ada perasaan panik macam tu.
Mereka bekerja dengan keras..
Kesian Jeon So-min..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.