Ikuti Kami:

Kejam, Anak Lelaki Sanggup Tikam Ibu Kerana Didesak Untuk Belajar

Kejam, Anak Lelaki Sanggup Tikam Ibu Kerana Didesak Untuk Belajar

Kejadian jenayah di Korea semakin menjadi-jadi.

Hal seperti ini menyebabkan masyarakat di sana perlu lebih berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling.

Kali ini, KimchiDaily nak kongsikan satu kisah di mana seorang anak lelaki sanggup tikam ibunya kerana tertekan akibat didesak untuk menjadi pelajar terbaik.

Kronologi

kejadian ini berlaku pada tahun 2011 dan ianya bermula apabila seorang lelaki berusia 18 tahun berasa marah dengan ibunya kerana wanita itu terlalu mementingkan pembelajaran anaknya.  Dia merupakan seorang ibu berusia 51 tahun yang sangat obses tentang pelajaran anaknya, sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Oleh kerana berasa sangat tertekan dengan desakan ibunya, dia sanggup menikam leher wanita itu sehingga mati di rumah mereka di Guui-dong. Bukan itu sahaja, dia menyimpan mayat ibunya di dalam bilik tidurnya selama sembilan bulan.

Apabila saudara mara atau jiran bertanya tentang keberadaan ibunya selepas pembunuhan itu, Ji memberitahu mereka bahawa dia tidak lagi tinggal bersama ibunya. Pelajar itu menutup pintu bilik, di mana mayat itu disimpan dengan gam dan pita supaya bau badan yang mereput tidak merebak ke luar.

anak bunuh ibu kerana desakan untuk belajar

Jenayah itu dikesan apabila bapanya singgah di rumah itu. Namun lelaki itu berasa sangat  curiga apabila anak lelakinya cuba menghalang daripada masuk dan perasan pintu ditutup rapi. Oleh sebab itu, bapanya menghubungi polis dan pembunuhan itu terbongkar.

Motif pembunuhan

Lelaki 18 tahun yang dikenali sebagai Ji memberitahu polis bahawa, ibunya tidak henti-henti memberitahu dia perlu masuk ke Sekolah Undang-undang Universiti Kebangsaan Seoul. Ibunya menuntut dia mendapat markah ujian yang cemerlang dan memukulnya dengan kayu golf atau kayu besbol apabila dia mendapat markah teruk dalam peperiksaan percubaan.

Ji mula mengubah markah ujian yang dia tunjukkan kepada ibunya semenjak darjah sembilan dan kemudian dia bertindak membunuh ibunya kerana takut pembohongan itu akan terbongkar. Tambahnya, jika rahsia itu terbongkar, ibunya akan bertindak lebih agresif untuk memukul. Dalam soal siasat, polis berkata Ji mengaku terseksa dengan masalah keluarga sejak ibu bapanya berpisah pada 2006.

anak bunuh ibu kerana desakan untuk belajar

Selepas perpisahan, ibunya didakwa mula taksub tentang kejayaan akademik anaknya. Beberapa ibu dan bapa saudara Ji memberitahu polis bahawa ibu itu mahu menemani Ji setiap kali dia keluar dari rumah dan mengawal hubungan peribadinya, termasuk dengan teman wanita.

Polis berkata Ji dan bapanya hanya bertemu sekali setahun sejak berpisah. Selain itu Ji juga menyatakan dia tiada siapa-siapa untuk mendengar luahan hatinya kerana dia berasa seperti dikongkong oleh ibu sendiri. Pakar berkata Ji mungkin telah memilih langkah yang melampau untuk menyelesaikan kemarahan dan tekanan yang dihasilkan daripada perpisahan ibu bapanya serta ketaksuban ibu terhadap hidupnya.

Hukuman

Semasa disoal siasat, dia menangis dan mengaku membunuh, mengatakan ibu itu terus muncul dalam mimpinya selepas jenayah itu. Ji dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun dan pihak mahkamah berharap agar semasa di penjara, Ji boleh sembuh daripada trauma yang dihadapinya.

Namun, ada orang awam mahu Ji dibebaskan serta-merta kerana merasakan perbuatan ibunya itu lebih kejam terhadap Ji. Semasa dalam penjara, Ji ada menulis surat untuk rakan-rakan sekolahnya yang berbunyi,

anak bunuh ibu kerana desakan untuk belajar

Ibu bapa menyuruh anda melihat jauh, tetapi ibu bapa sekolah memberitahu anda hanya melihat apa yang ada di hadapan. Ibu bapa memberitahu anda untuk maju, tetapi ibu bapa sekolah hanya memberitahu anda, untuk mendahului orang lain. Ibu bapa menyuruh anda bermimpi, tetapi ibu bapa sekolah tidak memberi anda masa untuk bermimpi.

Kesian pula dekat mental anak ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...