Ikuti Kami:

Kecapi Bahagia, Episod Akhir ‘King The Land’ Catat Rating Tertinggi

Kecapi Bahagia, Episod Akhir ‘King The Land’ Catat Rating Tertinggi

Akhirnya “King The Land” sudah pun menamatkan siaran kelmarin!

[Amaran SPOILER]

Dalam episod akhir ini, Cheon Sa-rang (Im Yoon-a) akhirnya tinggalkan King Hotel untuk berdiri dengan kemampuannya sendiri. Bagi menyokong keputusan kekasihnya itu, Gu Won (Lee Jun-ho) juga memilih untuk menangguhkan lamaran buatnya.

Kemudian, wanita itu membuka ‘Hotel Amor’ manakala Gu Won pula membesarkan hotel keluarganya ke peringkat global sebagai CEO baru. Akhirnya, pasangan itu berkahwin disaksikan dan direstui orang yang paling rapat dengan mereka.

king the land

Untuk episod akhir ini, “King The Land” meraih rating sebanyak 13.8% di mana ia merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan olehnya sepanjang tayangan. Malah ia menaik hampir 1.9% dari episod sebelumnya.

Bagi yang tidak mengetahui, “King The Land” membawa kisah Gu Won, seorang pewaris kaya yang tak sukakan senyuman mula menanam perasaan pada wanita biasa, Cheon Sa-rang yang sentiasa tersenyum.

Okay tak ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...