Ikuti Kami:

Kalah Dek ‘Revenant’ & ‘King The Land’, Episod Akhir ‘Numbers’ Raih Rating Terendah Tapi Kenapa?

Kalah Dek ‘Revenant’ & ‘King The Land’, Episod Akhir ‘Numbers’ Raih Rating Terendah Tapi Kenapa?

Lumrah persaingan, mesti ada yang di hadapan dan di belakang.

Meskipun naskhah seperti “Revenant” dan “King The Land” popular dalam kalangan pencinta K-Drama, namun “Numbers” sepertinya tenggelam dalam kelompok komunitinya sendiri.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terakhir ini, Han Seung-jo (Choi Jin-hyuk) dan Jang Ho-woo (Kim Myung-soo) berjaya menemui keamanan apabila dalang sebenar, Han Je-kyun (Choi Min-soo) disumbat dalam penjara kerana ketamakannya. Malah hubungan romantik mereka bersama Jin Yeon-a (Yeon-woo) dan Jang Ji-soo (Kim Yu-ri) turut berbunga-bunga di penghujung episod itu.

mbc numbers

Bermula dengan rating 4.4% pada awal siaran, bagaimanapun “Numbers” hanya mampu berpuas hati apabila angka itu berkurangan hampir separuh kepada 2.4% pada episod akhirnya. Sekaligua menjadikan catatan itu yang terendah sepanjang tayangan.

Menurut komen penonton, drama ini gagal menarik perhatian ramai memandangkan plot yang sedikit berbalit berkaitan perakaunan dan nombor. Malah ada yang jengkel melihat Choi Jin-hyuk dan Choi Min-soo yang pernah terpalit dengan kontroversi sebelum ini kembali berlakon seperti biasa tanpa sebarang perasaan bersalah.

Apa komen korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...