Ikuti Kami:

Kalahkan ‘King The Land’, Episod Akhir ‘Revenant’ Raih Rating Tertinggi

Kalahkan ‘King The Land’, Episod Akhir ‘Revenant’ Raih Rating Tertinggi

Walaupun hanya 12 episod, namun “Revenant” nyata membuatkan penonton tak senang duduk sepanjang tayangannya.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod akhir ini, San-young (Kim Tae-ri) akhirnya berjaya membunuh roh yang menghantuinya dengan memusnahkan jari peninggalan Kim Hyang-i. Walaupun banyak nyawa terkorban dalam misi itu, wanita berkenaan berjaya melalui kehidupan yang lebih tenang kini. Malah Hae-sang (Oh Jung-se) meneruskan kerjayanya sebagai ‘profesor gila’ dan mendermakan segala kekayaan keluarganya bagi memulakan kehidupan yang lebih bersih.

Pun begitu, pandangan San-young yang sedang menikmati percikan bunga api berubah kelam di akhir episod menandakan bahawa wanita tersebut akhirnya kalah dengan penyakit genetik ayahnya.

revenant

Untuk episod akhir ini, “Revenant” berjaya mencapai rating tertinggi dalam slotnya iaitu 12.1% sekaligus menolak “King The Land” ke tepi di mana ianya hanya mampu berpuas hati dengan catatan 9.3% sahaja pada malam kelmarin.

Bagi yang tidak mengetahui, drama ini membawa kisah ilmu ghaib Korea di man seorang wanita dirasuk syaitan dan seorang lelaki yang boleh melihat roh cuba mengorek rahsia mengenai kematian misteri.

Okay tak ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...