Ikuti Kami:

“Kecantikan Tiada Tandingan” – Foto Profil Baru, Peminat Lega Song Jihyo Dijaga Baik Agensi Kini

“Kecantikan Tiada Tandingan” – Foto Profil Baru, Peminat Lega Song Jihyo Dijaga Baik Agensi Kini

Dah berpuluh tahun dalam industri seni pun, belum tentu selebriti akan bertemu dengan pengurusan yang telus dan ikhlas menjaga mereka.

Terdahulu, Song Ji-hyo telah menfailkan saman ke atas Uzurocks Entertainment dek tuduhan mengelat membayar pendapatan termasuklah bayaran pengiklanan. Selepas berbulan-bulan dibicarakan, mahkamah memutuskan bahawa agensi tersebut perlu membayar RM4.6 juta buat pelakon itu atas kesalahan mereka.

Semasa perbicaraan berlangsung, Song Ji-hyo sudah pun menandatangani kontrak eksklusif bersama Nexus E&M di mana ia merupakan agensi pengurusan hiburan baru yang bernaung di bawah Nexus Pharma.

Terbaru, agensi tersebut telah memuat naik pelbagai foto profil baru untuk Song Ji-hyo sekaligus menandakan kepulangannya sebagai pelakon tak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nexusenm (@nexusenm)

Sudah pun berusia 43 tahun, tetapi Song Ji-hyo kekal tampil muda dengan memakai pakaian santai dan berwarna monochrome iaitu hitam. Malah gaya rambut yang ringkas pun tidak mengurangkan pun sisi cantiknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nexusenm (@nexusenm)

Tanya peminat, “Apa sahaja yang tak boleh digayakan Song Ji-hyo?”,

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nexusenm (@nexusenm)

Gambar mana yang paling korang suka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...