Ikuti Kami:

“Kecantikan Tak Realistik” – Sebab Pengarah ‘The World Of The Married’ Pilih Han Sohee Sebagai Yeo Dakyung

“Kecantikan Tak Realistik” – Sebab Pengarah ‘The World Of The Married’ Pilih Han Sohee Sebagai Yeo Dakyung

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu namun tuah Han So-hee jelas kelihatan selepas dia membintangi drama popular “The World Of The Married”! Bahkan popularitinya kini yang mencanak naik membuatkan wanita itu menjadi rebutan ramai sehingga digelar sebagai ‘Ratu Iklan 2020’!

Lebih banyak membawa watak sampingan sebelum ini, pengarah “The World Of The Married” iaitu Mok Wan-il baru-baru ini menjelaskan sebab utama dia tak teragak-agak untuk memilih Han So-hee untuk membawa watak Yeo Da-kyung.

han sohee sebagai yeo dakyung

Tak peliklah apabila lelaki itu mengakui bahawa kecantikan semula jadi pelakon itu membuatkan dia tergamam. Malah merasakan itulah yang diperlukan oleh watak Yeo Da-kyung dan bukan hanya kerana dia adalah wanita muda yang berjaya menarik perhatian lelaki pertengahan usia.

Cantiknya itu seperti tidak realistik. Kami sedang menjalani pertemuan untuk drama tersebut tetapi kecantikannya itu sangat memukau. Saya ingatkan saya sahaja yang berasa seperti itu tetapi semua orang pun mengatakan perkara yang sama. Watak keseluruhan Yeo Da-kyung ialah mampu untuk membuatkan semua orang berasa gementar dengan kewujudannya sahaja.

Saya tak mahu penonton merasakan bahawa ia semudah lelaki pertengahan usia jatuh cinta pada wanita muda. Pada penghujung episod pertama, apabila Yeo Da-kyung berpaling ke belakang, saya mahukan hati penonton berasa seperti mahu jatuh sambil berfikir ‘Ini akan menjadi masalah!’

Saya merasakan bahawa Han So-hee berjumpa dengan ‘The World Of The Married’ pada waktu yang paling bersinar dalam hidupnya.

han sohee sebagai yeo dakyung

Rasanya penonton pun mempunyai fikiran yang sama, watak Yeo Da-kyung memang dicipta untuk Han So-hee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...