Ikuti Kami:

Tolak Song Hyekyo Ketepi, Han Sohee Kini ‘Ratu Pengiklanan’ Di Korea Untuk Tahun 2020

Tolak Song Hyekyo Ketepi, Han Sohee Kini ‘Ratu Pengiklanan’ Di Korea Untuk Tahun 2020

Membuat keputusan untuk berlakon dalam “The World Of The Married” nyata merupakan pilihan yang bijak oleh pelakon Han So-hee. Siapa sangka drama itu akan popular sehingga ke peringkat dunia dan berjaya mencapai rating yang mengagumkan untuk tahun 2020.

Disebabkan oleh kepopularitiannya yang melonjak secara tiba-tiba selain memiliki rupa paras yang menawan, pelakon wanita itu kini menjadi rebutan banyak jenama terkenal supaya menjadi wajah kepada produk mereka. Bahkan Han So-hee kini dinamakan sebagai ‘Ratu Iklan di Korea’ untuk tahun ini, sebaris dengan Song Hye-kyo.

ibu han sohee berhutang

Malahan daripada sumber media yang dikeluarkan, Han So-hee dikatakan sudah pun melepasi Song Hye-kyo sebagai selebriti yang popular sebagai pilihan pelbagai jenama terkenal. Setakat ini sahaja, wanita itu sudah pun berjaya membawa masuk 10 iklan di bawah namanya termasuklah untuk fesyen, barang kemas, barangan kecantikan dan minuman. Dia juga diundi sebagai ‘Ikon Terhangat Dalam Industri Pengiklanan Untuk Musim Panas Tahun 2020″.

Susah nak dibandingkan buat masa kini tetapi sekiranya Han So-hee terus berjaya mencipta nama menerusi pelbagai projek, berkemungkinan besar dia akan menjadi ‘wajah utama’ kepada industri pengiklanan seperti Song Hye-kyo dan Jun Ji-hyun.

han sohee kalahkan song hyegyo

Tapi Song Hye-kyo masih lagi menjadi rebutan ramai meskipun sudah lama tidak membintangi mana-mana naskhah tempatan tahu tak? Walaupun kini jatuh ke tangga kedua, dia tetap memiliki kontrak iklan bersama pelbagai jenama terkenal merangkumi fesyen dan produk kosmetik. Kalau anda nak tahu, bayaran untuk Song Hye-kyo dan Jun Ji-hyun bagi menarik mereka menghiasi mana-mana iklan ialah lebih kurang RM2.7 juta.

Tak sabar nak tengok lagi lakonan Han So-hee selepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...