Ikuti Kami:

Kecantikan Standard Tidak Realistik, Ini Sebab Pembedahan Plastik Sangat Popular Di Korea

Kecantikan Standard Tidak Realistik, Ini Sebab Pembedahan Plastik Sangat Popular Di Korea

K-Beauty jelas mengenai kecantikan, tetapi secara khusus ia menumpukan rupa tertentu yang dipopularkan oleh bintang rancangan pop Korea. Ia menggambarkan golongan muda dengan kulit tanpa liang pori, wajah muda dan badan yang kurus.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan tentang sisi gelap standard kecantikan di Korea Selatan.

Kecantikan standard

pembedahan plastik korea

Tidak hairanlah operasi pembedahan plastik sangat umum di Korea. Hal ini disebabkan kecantikan standard yang diterapkan sangat tinggi. Kecantikan yang sebenar menurut orang Korea adalah kulit putih, mata besar dengan kelopak mata ganda (double eyelid), bentuk wajah v-line dan hidung yang mancung.

Selain itu, orang yang tampan dan cantik dilayan berbeza berbanding dengan yang biasa. Mereka yang berwajah menarik lebih senang untuk dapat kerja dan disanjung oleh masyarakat di sana. Oleh sebab itu, ramai orang Korea Selatan terpaksa melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk mencari kerja.

Dibuli kalau tidak cantik 

Korea true beauty

Bagi yang tidak mencapai kecantikan standard kebiasaannya akan dibuli lebih-lebih lagi pelajar sekolah. Seperti di dalam K-Drama “True Beauty”, Lim Ju-kyung menjadi mangsa buli di sekolah kerana rupa parasnya yang kurang cantik sehingga dia hampir bunuh diri. Ju-kyung kemudian mendapat inspirasi untuk belajar make-up di YouTube. Dia berjaya melepaskan diri daripada dibuli dan disanjung oleh pelajar lain. Keadaan seperti ini sangat biasa terjadi di Korea Selatan kerana kecantikan adalah segala-galanya bagi mereka.

Pembedahan plastik

1 daripada 3 orang wanita di Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Ianya sangat biasa bagi mereka untuk mencapai kecantikan standard dan mengelakkan daripada disisihkan oleh orang sekeliling. Tetapi tidak semua pembedahan plastik ini berjalan dengan lancar. Tiada peraturan mengenai umur minimum untuk seseorang melakukan pembedahan plastik. Ia sangat merbahaya kerana sesetengah orang boleh dibenarkan melakukan pembedahan pada usia yang sangat muda.

Salah satu contoh yang paling terkenal tentang kesan negatif pembedahan plastik ialah kes Hang Moiku. Dia ialah seorang model Korea yang menjadi sangat ketagih dengan pembedahan plastik. Hang Moiku menjalani banyak pembedahan sehingga doktor terpaksa menolak permintaanya. Dia kemudiannya mengambil langkah menyuntik silikon sendiri tanpa bantuan pakar. Dia membeli sebotol silikon daripada pasaran gelap dan mula menyuntiknya ke muka. Apabila dia kehabisan silikon, Hang Moiku memutuskan untuk menyuntik minyak masak. Dia akhirnya merosakkan muka dengan teruk sehingga menjadi cacat yang tidak dapat dipulihkan.

Jangan risau semua orang ada kecantikkan yang tersendiri!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...