Deodoran adalah wajib dipakai bagi rakyat Malaysia untuk mengelakkan daripada bau yang tidak menyenangkan. Namun berbeza di Korea Selatan, deodoran bukan lah satu keperluan bagi mereka kerana majoritinya tidak mempunyai bau badan.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa orang Korea tidak berbau kan? Kali ini Kimchi Daily nak kongsikan fakta menarik tentang bau badan mereka.
Orang Korea memiliki gen ABCC11
Pernah dengar tentang gen ABCC11? Menurut ahli epidemiologi genetik Universiti Bristol, gen ABCC11 merupakan penentu tunggal sama ada manusia boleh menghasilkan bau ketiak atau tidak. Jika didapati ada genetik ini di dalam badan maka potensi untuk mempunyai masalah bau badan sangat tinggi.
Selain itu, satu kajian daripada Universiti Bristol mendapati hanya 0.006 peratus penduduk Korea mempunyai gen ABCC11. Penyelidik menyatakan bahawa nisbah Korea adalah yang terendah di dunia.
Sebab itulah ramai antara orang Korea yang tiada masalah bau badan. Tetapi ini bukan bermaksud mereka tidak perlu mandi dan bersihkan diri tau. Mereka tetap melakukan rutin harian wajib sebagai seorang manusia yang menjaga kebersihan. Apatah lagi kita yang berada di Malaysia, kena sentiasa tahu sama ada orang lain selesa atau tidak dengan bau badan kita.
Seronok betul berpeluh tapi badan langsung tidak berbau.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉