Ikuti Kami:

“Kecantikan Saya Natural” – Sandara Park Dedah Tak Semua Selebriti Jalani Pembedahan Muka

“Kecantikan Saya Natural” – Sandara Park Dedah Tak Semua Selebriti Jalani Pembedahan Muka

Sandara Park menegaskan bahawa kecantikan dirinya ialah kecantikan natural.

Pada 10 November, Sandara Park telah menjadi tetamu bagi satu segmen dalam rancangan radio “SBS Power FM Cultwo Show”.

Dalam segmen tersebut, ahli 2NE1 yang berusia 39 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada pendengar yang menceritakan kisah mengenai suaminya yang tahu akan pembedahan plastik yang pernah dilakukannya.

Kata pendengar itu,

Suami saya terjumpa gambar saya masa sekolah dan dia dapat tahu tentang pembedahan yang saya lakukan. Malah, dia juga sering perli saya dengan cakap yang dia tahu bahawa kebanyakan selebriti juga melakukan pembedahan plastik.

Berikutan dengan pengakuan itu, pengacara rancangan radio tersebut telah menjelaskan bahawa tidak kesemua selebriti menjalani pembedahan.

Dalam masa yang sama, Sandara Park juga menyambung,

Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan. Muka saya ialah natural. Malah, kebanyakan rakan-rakan selebriti saya juga tidak melakukan sebarang pembedahan di muka mereka. Jadi jangan la cakap yang selebriti semua jalani pembedahan plastik.

dara face

Tidak ketinggalan, seorang lagi pengacara di situ iaitu Baek Ga juga cuba untuk menjernihkan keadaan dengan membuat lawak. Dia berkata,

Saya juga selebriti, tapi jika hasil saya buat pembedahan adalah seperti rupa saya yang sekarang ini. Saya nak minta balik duit saya.

Betul cakap Dara! Tak semestinya artis-artis yang cantik tu buat pembedahan muka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...