Ikuti Kami:

KBS Umum Na Inwoo Sebagai Ahli Terbaru ‘2 Days 1 Night’

KBS Umum Na Inwoo Sebagai Ahli Terbaru ‘2 Days 1 Night’

Selepas hanya khabar angin, nampaknya “2 Days 1 Night” sudah pun memilih ahli terbaru yang akan menyertainya selepas Kim Seon-ho mengundurkan diri tahun lalu.

Terbaru, program berkenaan mengesahkan bahawa Na In-woo akan menyertainya sebagai ahli tetap kini.

Merupakan antara nama baru dalam dunia hiburan, ramai yang ternanti-nanti apakah sosok tinggi dengan personaliti unik itu akan membawa ke dalam rancangan berkenaan.

na inwoo

Ulas Bang-geul PD,

Kami cuba membawa tenaga baru ke dalam program itu dengan penyertaan Na In-woo. Dijangkakan bahawa dia akan membuat penonton ketawa dek persona yang pelbagai, dari lakonan ke penghibur ‘generasi MZ’ yang bertenaga dan unik. Sila nantikan kesegaran hiburan dari watak amatur dan tenaga hebat 20-an.

Dalam pada itu, PD “2 Days 1 Night” juga tak sabar menantikan keserasian baru yang akan dibawa Na In-woo memandangkan dia akan menjadi ahli termuda baru sekaligus mengubah dinamik hubungan di antara kesemua ahli nanti.

Dalam pada itu, belum didedahkan bilakah episod pertama “2 Days 1 Night” yang akan menampilkan Na In-woo.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...