Ikuti Kami:

Isi Kekosongan Kim Seonho, ‘2 Days 1 Night’ Dalam Perancangan Cari Ahli Baru?

Isi Kekosongan Kim Seonho, ‘2 Days 1 Night’ Dalam Perancangan Cari Ahli Baru?

Tak dapat disangkal bahawa musim ke-4 “2 Days 1 Night” merupakan antara program yang meraih perhatian ramai pada tahun lalu.

Terus popular, ia mencatatkan rating yang baik pada awal tahun 2022 ini dengan catatan 12.0% dan 12.8%. Nampaknya, ramai yang terus terhibur melihat gelagat Yeon Jung-hoon, Kim Jong-min, Moon Se-yoon, DinDin dan Ravi.

Meskipun mengalami sedikit ranjau apabila Kim Seon-ho dilanda kontroversi berkaitan hal peribadinya lantas membawa kepada pengunduran diri pelakon itu, namun kesemua mereka terus bekerja keras hingga kini. Malah “2 Days 1 Night” berjaya merebut 7 anugerah pada “2021 KBS Entertainment Awards”.

kim seonho

Bagi memberikan kejutan buat penonton pada separuh awal tahun ini, wakil “2 Days 1 Night” mendedahkan bahawa mereka akan membawa tetamu istimewa nanti,

Kami sedang mencuba membawa tetamu khas seperti Kim Yu-na atau Kim Yeok-kyung yang sudah beberapa kali disebut sepanjang tahun ini dalam ‘2 Days 1 Night’.

Tambahnya lagi, keserasian para ahli sudah mencapai tahap yang baik lantas program itu mahu menampilkan tetamu yang mahu ditemui dan melancong bersama mereka . Walauoun masih belum ditentukan, namun pihak produksi sedang merancangnya.

kbs 2 days 1 night

Tambahan lagi, pihak produksi “2 Days 1 Night” khabarnya sedang berfikir untuk menambah ahli baru bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Kim Seon-ho. Katanya, mereka sedang memilih dengan teliti ahli baru itu.

Nampaknya banyak perkara baru yang dapat disaksikan pada tahun ini di “2 Days 1 Night”. Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...