Ikuti Kami:

“Kaya Weh” – Peminat Terkejut Lihat YG Entertainment Belanja Wang Sebanyak Ini Untuk Sambung Kontrak Dengan BLACKPINK

“Kaya Weh” – Peminat Terkejut Lihat YG Entertainment Belanja Wang Sebanyak Ini Untuk Sambung Kontrak Dengan BLACKPINK

Merupakan antara aset terbesar syarikat, tidak terkejutlah jika YG Entertainment sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk kekalkan kontrak bersama BLACKPINK.

Pada Disember 2023, YG Entertainment mengumumkan bahawa semua ahli BLACKPINK telah memperbaharui kontrak mereka bersama syarikat, untuk aktiviti kumpulan.

Menurut penyata kewangan syarikat 2023 yang didedahkan menerusi laman komuniti dalam talian, netizen perasan YG telah membelanjakan sebanyak 41 bilion won (RM145,201,090) untuk kategori ‘bayaran muka kontrak’, iaitu bayaran yang perlu dibayar agensi hiburan apabila mereka ingin menandatangani kontrak eksklusif dengan artis.

Memandangkan BLACKPINK adalah satu-satunya artis yang menyambung kontrak mereka dengan agensi itu pada 2023, ramai membuat spekulasi bahawa 41 bilion won adalah bayaran muka untuk kumpulan itu. Bermakna, setiap ahli menerima kira-kira 10 bilion won (RM35,414,900) selepas membuat keputusan tersebut.

blackpink

Dengan ini, peminat berasa kurang bimbang tentang rancangan comeback BLACKPINK pada masa akan datang, kerana YG Entertainment telah mengeluarkan wang muka begitu besar untuk meneruskan hubungan dengan mereka.

Fuhh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...