Berita perpisahan antara pasangan selebriti pastinya akan juga membuatkan peminat sedih.
Pada 13 November, agensi telah mengesahkan bahawa selepas hampir 7 tahun bercinta, Ryu Jun-yeol dan Hye-ri telah memutuskan untuk berpisah.
Kemudian pada 15 November, Han So-hee telah memuat naik fotonya di Instagram, ketika dia pergi melawat pameran seni Ryu Jun-yeol.
Selepas melihat hantaran tersebut, netizen mempersoalkan tentang hubungan mereka memandangkan kedua selebriti itu tidak pernah mempunyai sebarang interaksi sebelum ini.
[
] 231115 xeesoxee’s instagram story update
(
) #ฮันโซฮี #HanSohee #한소희 #โซฮีสตาแกรม pic.twitter.com/8VU9TlGTp7
— HAN SOHEE THAILAND (@HansoheeTH) November 15, 2023
Namun, ada juga yang menyatakan bahawa Han So-hee adalah seorang yang meminati seni jadi, dia hanya dijemput untuk melawati pameran solo pelakon lelaki itu.
Komen netizen,
Mereka kawan ke?
Han So-hee nampaknya meminati perkara seni seperti ini kerana dia seorang yang artistik.
Dia hanya pergi untuk tengok pameran?
Apa yang paling penting, mereka bahagia!