Ikuti Kami:

Kawan Jadi Suspek Utama, Pelajar Perubatan Ini Ditemui Lemas Di Sungai Han

Kawan Jadi Suspek Utama, Pelajar Perubatan Ini Ditemui Lemas Di Sungai Han

Sebenarnya ada banyak kes jenayah serta bunuh di Korea yang tidak dapat diselesaikan.

Seperti kes yang berlaku pada seorang pelajar perubatan dikenali sebagai Sohn Jung-min. Ramai tertanya-tanya sama ada apa yang berlaku itu adalah kemalangan ataupun dia sebenarnya dibunuh.

Kronologi

lelaki di korea mati lemas

Kejadian ini bermula pada suatu malam apabila Sohn Jung-min dan kawannya bersiar-siar sambil minum di satu taman. Seorang saksi mendedahkan bahawa Sohn Jung-min dan rakannya kelihatan mabuk kerana minum air beralkohol. Mereka berdua pada mulanya  tidur, sebelum rakan Sohn Jung-min cuba mengejutnya dari tidur tetapi dia tidak bangun.

Rakannya itu kelihatan resah dan menggunakan telefon Sohn Jung-min untuk seketika. Berdasarkan tingkah lakunya, saksi itu menyangka bahawa rakannya mahu menghubungi pihak polis untuk membantu Sohn Jung-min pulang ke rumah dengan selamat. Namun, dia sambung baring di sebelah Sohn Jung-min.

lelaki di korea mati lemas

Pada pukul 3:30 petang, kawan Sohn Jung-min menelefon bapanya sendiri untuk memberitahu bahawa dia tidak dapat mengejutkan Jung-min. Dia kemudian tidur semula selepas panggilan itu.

Pada pukul 4:30 pagi, rakan itu bangun dan menyedari bahawa Sohn Jung-min telah tiada. Memikirkan bahawa dia telah pulang sendiri, rakannya itu terus meninggalkan taman. CCTV berjaya menangkap pergerakan rakan Sohn Jung-min meninggalkan taman itu sendirian.

Kira-kira jam 5:20 pagi, ibu bapa rakan Sohn Jung-min datang ke taman Sungai Han bersama anak lelaki mereka. Apa yang pelik, rakaman CCTV menunjukkan rakan dan ibu bapanya kelihatan seperti mencari Sohn Jung-min. Rakan itu masih dalam keadaan mabuk kerana dia tidak boleh berjalan dengan betul malah terbaring di atas lantai pada satu ketika.

Selepas beberapa detik, ibu bapa rakannya itu membuat keputusan untuk memaklumkan ibu bapa Sohn Jung-min bahawa anak mereka hilang.

Suspek?

lelaki di korea mati lemas

Dalam satu temu bual, bapa Sohn Jung-min mendedahkan bahawa dia telah bertemu rakan anaknya selepas dimaklumkan bahawa anaknya hilang. Rakan itu tidak berkata apa-apa kepadanya, hanya memberi salam dan pergi.

Tindakan rakan Sohn Jung-min dan ibu bapanya menimbulkan beberapa persoalan tentang kemungkinan penglibatan mereka dalam kematian Sohn Jung-min. Mereka menjadi lebih curiga selepas bapa Sohn Jung-min mengetahui bahawa keluarga rakan itu telah membuang kasut Sohn Jung-min, yang merupakan bukti penting.

lelaki di korea mati lemas

Juga, rakan itu membawa telefon Sohn Jung-min bersamanya, manakala telefonnya sendiri hilang. Semua maklumat ini didedahkan kepada orang ramai, dan polis menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk menyoal rakan Sohn Jung-min dan ibu bapanya sebagai suspek utama.

Keputusan 

lelaki di korea mati lemas

Pada 10 Mei, polis akhirnya membawa rakan Sohn Jung-min dan ibu bapanya untuk disoal siasat. Bagaimanapun, butiran soal siasat itu dirahsiakan daripada orang ramai. Petunjuk baharu telah didedahkan pada 19 Mei, polis menemui tujuh nelayan yang melihat Sohn Jung-min berjalan ke arah sungai sambil membuat bunyi ‘ah, uh’ seperti dalam kesakitan.

Berdasarkan hasil bedah siasat ke atas mayat, punca kematian adalah lemas. Siasatan masih diteruskan dan sehingga sekarang masih tiada sebarang berita tentang apa yang terjadi sebenarnya.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...