Ikuti Kami:

“Kata Nak Berlakon” – 5 Bulan Keluar ‘Running Man’, Ramai Persoal ‘Kehilangan’ Jeon Somin

“Kata Nak Berlakon” – 5 Bulan Keluar ‘Running Man’, Ramai Persoal ‘Kehilangan’ Jeon Somin

Susah betul nak nampak Jeon So-min selepas keluar “Running Man”.

Pun begitu, jika ada yang mengikuti media sosial pelakon wanita tersebut pastinya akan dapat melihat beberapa entri di mana dia kelihatan senang menghabiskan masa lapang dengan tenang.

Dalam foto terbaru yang dimuat naik, sepertinya Jeon So-min gembira menjalani hari-hari biasanya dengan melakukan pelbagai perkara.

Pun begitu, selepas 5 bulan meninggalkan “Running Man”, ada yang mempersoalkan tentang kehidupan seninya yang kelihatan agak kosong. Bahkan ada yang bertanya bagaimana dengan janji yang dilakukan untuk kembali berlakon selepas tidak lagi menjadi ahli program popular itu.

Komen peminat yang merinduinya, “Saya masih lagi menonton episod ‘Running Man’ yang ada awak”, “Saya masih lagi berharap ini hanya penipuan dan awak akan muncul kembali dalam ‘Running Man’” dan banyak lagi.

Bagi yang tidak mengetahui, salah satu filem lakonan Jeon So-min iaitu “18 Youth” bakal memasuki pawagam bermula 31 Mei ini. Selain itu, filem lain yang diterajuinya ialah “Only God Knows Everything” dan masih lagi di peringkat produksi.

Jadi jangan risau kerana korang akan menyaksikan kembali sisi pelakon Jeon So-min tak lama lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Top Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...