Ikuti Kami:

“Tak Kenal Ahli..” – Ini Sebab ‘Running Man’ Tak Popular Dalam Kalangan Generasi Muda

“Tak Kenal Ahli..” – Ini Sebab ‘Running Man’ Tak Popular Dalam Kalangan Generasi Muda

Perasan tak yang kebanyakan penonton yang terus setia menyaksikan “Running Man” ialah generasi lama?

Terbaru, dalam satu episod “How Do You Play”, kemungkinan besar penyebab kepada situasi itu sudah pun dirungkaikan.

Dalam episod berkenaan, Yoo Jae-suk, Haha dan Joo Woo-jae telah berjalan di serata kejiranan sebelum menemubual seorang kanak-kanak di taman permainan.

Perbualan itu bermula apabila Yoo Jae-suk bertanya jika kanak-kanak lelaki itu mengenalinya sebelum dia mengangguk tanda bersetuju. Apabila ditanya sekiranya dia mengenali Haha, kanak-kanak itu menggeleng. Tanya hos tersebut,

Kamu tonton ‘Running Man’ tak?

Apabila kanak-kanak lelaki itu mengatakan yang dia mengenali rancangan itu. Soal Haha,

Dah tu kenapa awak tak kenal saya? Awak sebaya dengan anak sulung saya tau.

Kanak-kanak itu juga turut mengakui yang dia tidak mengenali siapa Kim Jong-kook. Jelasnya,

Saya hanya menonton di YouTube Shorts.

Dari perbualan itu, dapat dikonklusikan bahawa generasi kini lebih memilih untuk menonton “Running Man” dan rancangan lain menerusi klip pendek di pelbagai platform video dan tidak lagi menonton di televisyen. Malah kanak-kanak itu mungkin tidak mengenali sesetengah ahli kerana klip sedemikian hanya merangkumi adegan popular dan kelakar sahaja.

Macam tu rupanya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...