Ikuti Kami:

Karya Terakhir Mendiang Lee Sunkyun, Filem Sejarah ‘The Land Of Happiness’ Umum Tarikh Tayangan

Karya Terakhir Mendiang Lee Sunkyun, Filem Sejarah ‘The Land Of Happiness’ Umum Tarikh Tayangan

Tarikh tayangan bagi filem “The Land Of Happiness” yang diterajui oleh Lee Sun-kyun dan Jo Jung-suk telah ditetapkan.

Diarahkan oleh pengarah Choo Chang-min, “The Land Of Happiness” mengisahkan tentang kes mahkamah yang berlaku selepas pembunuhan presiden Korea Selatan pada tahun 1979.

Dalam filem ini, mendiang Lee Sun-kyun akan memegang watak sebagai Park Tae-joo, seorang tentera yang terlibat dalam salah satu kes pembunuhan yang paling mengejutkan dalam sejarah Korea Selatan.

Manakala, Jo Jung-suk akan melakonkan sebagai Jung In-hoo, peguam yang bertanggungjawab untuk membela Park Tae-joo di mahkamah.

Selain itu, filem ini turut disertai oleh barisan-barisan pelakon terkenal seperti Yoo Jae-myung, Jin Ki-joo dan ramai lagi.

land-of-happiness

Filem yang menjadi karya terakhir mendiang Lee Sun-kyun ini akan mula ditayangkan di pawagam bermula Ogos 2024.

Menariknya jalan cerita dia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...