Netflix telah mengumumkan barisan penuh pelakon drama “Cashero”.
Berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama, “Cashero” merupakan siri adiwira yang mengisahkan tentang seorang pekerja kerajaan bernama Kang Sang-woong yang dikurniakan kebolehan istimewa untuk mendapatkan kekuatan sebanyak wang tunai yang dimilikinya.
Dalam drama ini, Lee Jun-ho akan memegang watak utama sebagai Kang Sang-woong. Seorang lelaki biasa yang dikurniakan kekuatan luar biasa sebanyak wang tunai yang dimilikinya. Namun, dia menghadapi kesukaran selepas dia kehilangan duit serta kuasanya.
Manakala, Kim Hye-joon pula akan memegang watak sebagai Kim Min-sook. Teman wanita Kang Sang-woong yang mahir dalam kira-kira dan sentiasa menyokong keputusan lelaki tersebut.
Sementara itu, Kim Byung-chul akan melakonkan watak sebagai Byun-ho, seorang lelaki yang menguasai kebolehan luar biasa setiap kali selepas meminum alkohol dan Kim Hyang-gi pula akan menjadi Bang Eun-mi, seorang gadis yang dapat mengaktifkan kuasanya selepas mengambil kalori.
Drama yang diarahkan oleh pengarah “Agency” dan “Welcome to Waikiki” ini telah mendapat jangkaan yang tinggi dari para penonton. Terutamanya kerana gandingan luar biasa para pelakonnya.
Tarikh siaran bagi drama ini akan diumumkan kelak.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.