Ikuti Kami:

Karya Dari Pengarah Hebat, Ini K-Drama Pelbagai Genre Bakal Tayang Oktober 2023

Karya Dari Pengarah Hebat, Ini K-Drama Pelbagai Genre Bakal Tayang Oktober 2023

Setiap bulan mesti akan ada drama yang menarik disajikan kepada peminat K-Drama.

Kali ini, KimchiDaily nak kongsikan 11 K-Drama yang bakal ditayangkan bulan Oktober 2023.

The Perfect Deal 

“The Perfect Deal” bermula apabila tiga kawan bertemu untuk minum dan pada ketika itu Song Jae-hyo menghadapi krisis peribadi, meminta bantuan daripada Lee Jun-sung dan Park Min-woo. Untuk mengelak daripada masalah itu, mereka bertiga merancang untuk melakukan penculikan palsu kepada Park Min-woo, dengan matlamat untuk mendapatkan satu bilion won.

Walau bagaimanapun, selepas penculikan dilakukan, sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada mereka. Namun, hal ini seterusnya membawa ketiga-tiga mereka ke jalan yang gelap dan berliku.

Tarikh tayangan: 6 Oktober 2023

Saluran: Wavve

Pelakon utama: Yoo Seung-ho, Kim Dong-hwi, Yoo Soo-bin

Strong Girl Namsoon 

“Strong Girl Nam-soon” mengisahkan tentang tiga wanita yang dikurniakan kuasa besar ketika mereka memulakan misi untuk mencari kebenaran tentang peningkatan jenayah dadah . Kang Nam-soon mempunyai kebolehan istimewa dan melawat Gangnam untuk mencari ibu kandungnya yang telah lama hilang.

Tarikh tayangan: 7 Oktober 2023

Saluran: Netflix

Pelakon utama: Lee Yoo-mi, Kim Jung-eun, Kim Hae-sook, Ong Seong-wu

A Good Day To Be A Dog

Han Hae-na ialah seorang wanita bujang dan dia mengajar di sebuah sekolah menengah. Keturunannya telah disumpah disebabkan kesalahan moyangnya, sumpahan itu menyebabkan keluarganya akan bertukar menjadi anjing pada tengah malam selama 6 jam apabila dia mencium seseorang. Selepas itu, mereka kembali kepada penampilan biasa.

Tarikh tayangan: 11 Oktober 2023

Saluran: MBC

Pelakon utama: Park Gyu-young, Cha Eun-woo, Lee Hyun-woo

My Dearest 2 

Lee Jang-hyun ialah seorang lelaki misteri yang tiba-tiba muncul dalam sebuah masyarakat. Personalitinya kelihatan sangat ceria, tetapi sebenarnya tidak. Selain itu, dia merupakan seorang lelaki yang mempunyai rahsia mendalam tetapi tidak boleh didedahkan kepada sesiapa. Seorang wanita bernama Yoo Gil-chae telah muncul dalam hidupnya dan hal ini telah merubah segalanya.

Tarikh tayangan: 13 Oktober 2023

Saluran: MBC

Pelakon utama: Namkoong Min, Ahn Eun-jin, Lee Hak-joo

Evillive 

Peguam Han Dong-soo secara rawak memilih seorang banduan untuk melawat dan mengambil kes mereka. Dia terkenal sebagai peguam yang berjaya dan juga berwibawa. Jadi dia membuat keputusan untuk membantu banduan yang terpilih. Adik tirinya, Han Beom-Jae bekerja di kedai komputer terpakai dan bertindak sebagai broker kes untuk Han Dong-soo.

Pada suatu hari, Han Beom-Jae menyedari bahawa Han Dong-Soo telah berubah sejak dia membawa kes kepadanya.

Tarikh tayangan: 14 Oktober 2023

Saluran: ENA, Genie TV

Pelakon utama: Shin Ha-kyun, Kim Young-kwang, Shin Jae-ha

Doona 

Seorang pelajar sekolah, Lee Won-joon telah jatuh cinta dengan kecantikan jirannya. Jirannya itu pula merupakan seorang bekas idola K-Pop, Lee Doo-na. Namun ada beberapa rahsia yang perlu dirahsiakan oleh Lee Doo-na demi menyelamatkan dirinya.

Tarikh tayangan: 20 Oktober 2023

Saluran: Netflix

Pelakon utama: Bae Suzy, Yang Se-jong

High Cookie 

Drama ini mengisahkan tentang biskut yang boleh membuat seseorang itu mencapai cita-citanya. Biskut itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehingga boleh memberi kuasa kepada sesiapa yang memakannya.

Tarikh tayangan: 23 Oktober 2023

Saluran: U+Mobile TV

Pelakon utama: Nam Ji-hyun, Choi Hyun-wook, Kim Moo-yul

Moon In The Day 

kdrama bakal tayang oktober 2023

Kisah “Moon In The Day” bermula apabila Han Joon-o mengambil bahagian dalam iklan awam dengan anggota bomba Kang Young-hwa. Semasa penggambaran, satu kemalangan kereta berlaku dan Kang Young-hwa berjaya menyelamatkan Han Joon-o.

Selepas itu, Kang Young-hwa mula bekerja sebagai pengawal peribadi Han Joon-o. Sementara itu, selepas kemalangan kereta, tubuh Han Joon-o dirasuk oleh semangat pendendam Do-ha. Do-ha merupakan seorang bangsawan di Silla yang dibunuh oleh isterinya Han Ri-ta, yang sangat disayanginya.

Tarikh tayangan: 25 Oktober 2023

Saluran: ENA, Genie TV

Pelakon utama: Kim Young-dae, Pyo Ye-jin, On Joo-wan, Jung Woong-in

Castaway Diva 

Seo Mok-ha adalah seorang gadis muda positif yang tinggal di sebuah pulau serta bercita-cita menjadi penyanyi. Dia memutuskan untuk menghadiri uji bakat yang diadakan di Seoul namun, dalam perjalanan ke sana, dia terkandas di sebuah pulau terpencil.

Selepas 15 tahun, Seo Mok-ha diselamatkan dari pulau terbiar itu. Dia cuba menyesuaikan diri dengan dunia yang tidak dikenali sambil mengekalkan sikap ceria. Walaubagaimanapun dia masih cuba sedaya upaya mengejar impiannya untuk menjadi seorang penyanyi yang diva.

Tarikh tayangan: 28 Oktober 2023

Saluran: Netflix, tvN

Pelakon utama: Park Eun-bin, Chae Jong-hyeop, Kim Hyo-jin

Perfect Marriage Revenge 

Han Yi-joo ialah seorang anak angkat tidak disayangi oleh ibu bapa serta adik perempuannya, Han Yoo-ra. Han Yi-joo berkahwin dengan Jung Se-hyeok namun malang menimpa dia mengetahui bahawa suaminya, Jung Se-hyeok, mencintai adik angkatnya itu. Pada hari yang sama, Han Yi-joo mengalami kemalangan kereta dan meninggal dunia.

Apabila Han Yi-joo bangun, dia mendapati dirinya kembali ke masa ketika dia bertunang dengan Jung Se-hyeok. Untuk mengubah nasibnya dan membalas dendam terhadap keluarga, dia memutuskan pertunangannya dengan Jung Se-hyeok. Dia kemudian mendekati Seo Do-kook iaitu teman lelaki adik angkatnya. Han Yi-joo meminta Seo Do-kook mengadakan perkahwinan kontrak dengannya dan dia dengan rela hati menerima.

Tarikh tayangan: 28 Oktober 2023

Saluran: MBN

Pelakon utama: Sung Hoon, Jung Yoo-min

The Matchmakers 

Jung Soon-deok ialah seorang balu kepada anak kedua naib perdana menteri pertama. Dia diam-diam menjalani kehidupan lain di bawah nama samaran Yeo Joo-daek yang bekerja sebagai pencari jodoh.  Selain itu, dia juga merupakan seorang penjaja barangan wanita seperti kosmetik dan aksesori.

Pelanggan Jung Soon-deok, Shim Jung-woo iaitu seorang duda muda yang dilanda nasib malang, bergabung tenaga dengan Jung Soon-deok dan cuba mendapatkan lelaki dan wanita bujang yang lebih tua untuk berkahwin.

Tarikh tayangan: 30 Oktober 2023

Saluran: VIU

Pelakon utama: Rowoon, Cho Yi-hyun

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...