Karina aespa tak dinafikan antara idola wanita generasi keempat paling popular kini.
Baru-baru ini, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, menunjukkan seorang lelaki mencuri ‘standee’ Karina yang diletakkan di hadapan kedai pakaian MLB.
Khususnya dalam rakaman tersebut, lelaki yang memakai hoodie itu pada awalnya berpura-pura untuk memasuki kedai namun kemudiannya, dia dengan pantas melarikan diri sambil membawa lari ‘standee’ berkenaan.
Tidak lama kemudian, pihak MLB Malaysia terus mengeluarkan kenyataan, memberi respon mengenai kejadian yang mengejutkan itu. Kata mereka,
Kami sedar mengenai kejadian baru-baru ini, di mana standee Karina telah dibawa keluar secara haram dari kedai kami. Untuk pengetahuan, semua paparan di dalam kedai adalah aset MLB dan dicipta untuk dinikmati bersama oleh semua orang.
Kami sedang menyemak perkara ini secara lanjut.
Lahh sampai mencuri pulak dah.