Ikuti Kami:

KARA Akan Buat Persembahan Di Anugerah MAMA 2022 November Ini

KARA Akan Buat Persembahan Di Anugerah MAMA 2022 November Ini

KARA kembali!

Pada 10 November, 2022 Mnet Asian Music Awards (MAMA) telah mengumumkan bahawa KARA akan tampil membuat persembahan sebagai kumpulan penuh, pada 29 November ini di Kyocera Dome Osaka, Jepun.

Khususnya, KARA akan membuat kemunculan semula pada 29 November ini dan dijangka akan mempersembahkan lagu baru mereka di pentas berprestij Anugerah MAMA 2022 nanti.

Bagi yang belum tahu, bagi menyambut ulang tahun ke-15 mereka, KARA akan kembali dengan album baru “MOVE AGAIN” pada 29 November ini. Ia menambah keterujaan peminat memandangkan ini adalah penampilan pertama mereka sebagai kumpulan penuh selepas 7 tahun.

Jangan lupa tonton KARA di Anugerah MAMA 2022!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...